Tanjung Simpang Mengayau adalah sebuah tanjung paling utara di Pulau Borneo. Ia terletak di Daerah Kudat dan merupakan sebuah kawasan pelancongan di Malaysia.
Simpang Mengayau juga merupakan sebuah jaringan bukit tinggi yang memanjang mengadap ke Laut Sulu sehingga menampakkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam.Simpang Mengayau sebenarnya mendapat namanya daripada bahasa pertuturan harian yang menampakkan fungsi jaringan bukit ini dan panoramanya ketika era zaman pelanunan dan pertarungan ilmu kebatinan zaman dahulu. Simpang Mengayau berasal dari perkataan RUNGUS. "Simpang" yang membawa erti suatu "perbuatan menemui/menjumpai seseorang/sekumpulan orang setelah perbuatan menunggu atau menanti dilakukan disebabkan oleh adanya temu janji atau tiada".
"Mengayau" adalah dari perkataan "Mangazou" yang bererti kumpulan orang untuk tujuan megadu kekuatan ilmu batin atau berperang atau berlawan". Dengan itu, kata Sampang Mengayau bererti menemui atau menjumpai orang untuk tujuan beradu lawan ilmu atau berperang. Untuk maklumat lanjut sila tekan sini .


No comments:
Post a Comment