Saturday, 7 June 2014

Engineer Cute

Haaa . Nak kongsi sikit pasal tempat pengajian saya . Yaaa , Politeknik Kuching Sarawak . " Hmmm , politeknik jee punnn ". Memang suara-suara macam nii yang selalu saya dengar . Takpee , asal belajar . Rezeki kejayaan tu ada dimana-mana . Even politeknik , skrng ni graduan yang berkemahiran dah LAKU . Especially for polytechnic student . Hmmm ....

Alhamdulillah , baru- baru nii result dah keluar . Result yang memberangsangkan . Result yang begitu membuatkan saya rasa syukur hingga tdk terkata . Berkat usaha , berkat doa ibu bapa , Allah berikan result yang begitu baik . Pada mulanya , Anne takut sangat mau ambil bidang kejuruteraan . Anne nii bukannya pandai mengira sangat pun . Harapan yang tinggi untuk medikal . Tapi apakan daya , rezeki Anne dapat kejuruteraan . 

Semua kakak and abang dah jadi jurutera , so , Umi nak Anne jadi doktor . Tapi takpe , abang dah bagi sokongan dan Alhamdulillah Anne dapat teruskan sampai ke hari ini . Mungkin ada hikmah semua nii . Apapun , Anne tetap syukur . Di politeknik , Anne ada kawan-kawan yang selalu bersama Anne . 
I can see the memories of that day clearly . Adios Amigos Fullooosss . DoubleDoss .

 Haaa . Kitorang semua dapat result yang begitu DaebaK . Anne syukur sangat dapat kawan macam dorang . Heheh . Abang pesan cari kawan yang jaga solat . Kalau kawan tuu jaga solat , konfem kawan tuu budak yang pandai . Insya Allah . Apapun , Kawan hingga ke Syurga . Kamek sayang Kitak . 

Tidak Ada yg Tahu Bila dan di Mana

Semestinya , tidak ada yg tahu bila dan dimana kita akan meninggal dunia . Walau diri kita sekalipun , kita tidak tahu bila dan di mana . Tiada siapa boleh memutuskan bila dan di mana dia mahu mati . Bahkan , tiada siapa yg boleh merancang kematiannya .
Meski dia orang paling kaya di dunia pun , mampukah dia membayar untuk menentukan waktu dan tempat kematiannya ? Jika abang orang yang paling kuat dan bertubuh sasa sekalipun , mampukah abang menghalau malaikat maut ketika kematian datang menjemput ?


Tidak , dia tidak dapat melakukannya  !  Kematian datang kepada orang yang sakit dan yang sihat . Kematian datang kepada orang muda dan tua . Kematian datang kepada orang yang kaya-raya dan miskin . Bahkan , kematian datang tanpa mempedulikan pangkat dan kedudukan seseorang , banyaknya harta yang dikumpul atau kehebatan yang dimiliki . 



Kita tidak ada cara lain , melainkan sentiasa bersedia  menghadapinya . Hadapi dengan persiapkan diri dengan amal kebaikan .  Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis di dalam bukunya , Mati Satu Peringatan : "... kehiidupan selepas mati ibarat satu perjalanan jauh yang memakan masa yang lama .  Menyedari hakikat itu , setiap insan perlu membuat persiapan yang mencukupi dan sempurna . "